Search This Blog

Homestay @Villa Permai Taiping











Homestay @Villa Permai menyediakan rumah persinggahan,"Bertanggah, Bersanggah, Transit” untuk rombongan pengantin, peminangan, konvokesyen, kenduri dan juga pilihan ideal seisi keluarga untuk berehat sambil melawat sanak saudara. Kami mempunyai 4 buah bilik yang di lengkapi dengan perabot dan air-cond. Kemudahan yang di sediakan ialah TV, dapur masak, kelengkapan memasak dan hidangan makanan, mesin membasuh pakaian separa-otomatik, seterika, periuk nasi, cerek elektrik dll.

@Villa Permai  boleh menempatkan rombongan (4 keluarga) sehingga 15 orang dewasa atau kanak-kanak. Harga amat berpatutan.

@Villa Permai berdekatan dengan pekan Changkat Jering dan Bukit Gantang yang terkenal dengan buah durian tempatan dan Kuala Sepetang yang senonim dengan Mee Udang Port Weldnya.

Taiping Homestay @Villa Permai
Semi-D  : 1 Tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
Lokasi   : Taman Kuning Permai, Taiping.

- 2 km atau 5 minit ke Pusat Bandar Taiping (Antara Homestay yang paling hampir dengan Bandar Taiping)
- Berhampiran dengan MRSM Taiping, SERATAS, Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut.
- Mudah ditemui melalui PLUS HIGHWAY (Tol Changkat Jering atau Tol Taiping Utara)



Untuk Muslim sahaja

Kadar Sewa : RM 280 Semalam 

(check in 2.00 pm, check out 12.00pm)

Jika Berminat, Sila Hubungi : 0133407576 - Jaja atau 0135307576 (En. Sazali - Penjaga Guest House) atau sms untuk pertanyaan.

* UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN TAMAN PERUMAHAN INI, VILLA PERMAI TIDAK DAPAT MENERIMA PENGUNJUNG YANG MEMBAWA BAS, HARAP MAKLUM..

Sekiranya kelengkapan tidak seperti yang diiklankan, sila emailkan aduan anda ke slieza2711@gmail.com. Tindakan segera akan diambil untuk keselesaan pengunjung akan datang. - Pengurusan @VILLA PERMAI HomeStay & Guest House.

Kemudahan @VILLA PERMAI


Kelengkapan Rumah : Bilik Tidur / 3 Bilik Air 


bilik Tidur

  • Bilik 1 ( 1 Katil Queen, AirCond + Bilik Air 1 beserta water heater)
  • Bilik 2 ( 2 katil Single + Bilik Air 2)
  • Bilik 3 ( 1 katil Queen Bilik  Air 3 beserta water heater )
  • Bilik 4 ( 2 katil Single + Bilik  Air 3 beserta water heater )

Ruang tamu
Sofa  / TV
Aircond






Ruang Makan
Meja Makan

Ruang Dapur
Toaster
Peti sejuk
Cerek elektrik
Pinggan Mangkuk / Cawan

Lain-lain kemudahan
Bilik  Air 3 beserta Water Heater
Seterika bererta iron board di sediakan
Parking berbumbung untuk 2 buah kereta.
Extra bed (tilam Queen) di sediakan.
Ruang yang luas, tidak banyak perabot.
Terletak di kawasan kejiranan yang tenteram.

Apa Yang Menarik Di Bandar Taiping





HomeStay & Guest House Taiping @VILLA PERMAI  terletak di bandar Taiping, Perak. Bandar Taiping adalah merupakan destinasi pelancongan di Perak. Penginapan di HomeStay & Guest House Taiping @VILLA PERMAI  berdekatan dengan kawasan pelancongan Zoo Taiping, Safari Taiping, Taman Tasek Taiping dan banyak lagi. Taiping  merupakan bandar yang terkenal mengenai tempat yang terkenal mengenai hujan.
HomeStay & Guest House Taiping @VILLA PERMAI menawarkan perkhidmatan Homestay yang selesa di Bandar Taiping. @VILLA PERMAI serba lengkap cukup memuaskan kesemua pelanggan yang datang menginap di @VILLA PERMAI.

Lokasi @VILLA PERMAI  berhampiran dengan bandar Taiping menjadi pilihan ramai. Jarak @VILLA PERMAI dengan Bandar Taiping cuma 5 kilometre, Bandar Kamunting 10 kilometer, Pekan Changkat Jering 3 kilometer. Sudah tentu ianya memudahkan anda bila anda menginap di @VILLA PERMAI. 

1. Lokasi Homestay kami yang berdekatan dengan pusat pengeluaran buah durian yang terbaik di Malaysia. Bukit Gantang dan Batu Kurau adalah pusat pengeluran buah durian terbaik di Malaysia dan Dunia. Homestay kami berdekatan dengan Bukit Gantang, salah satu pengeluar durian yang terbaik di Malaysia dan dunia.
2. Zoo Taiping, merupakan zoo tertua di Malaysia. Terdapat pelbagai haiwan yang menarik dan esotik. Zoo Taiping setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.  Bayaran masuk untuk Zoo Taiping  Dewasa RM 12.00 dan kanak-kanak RM 8.00. 
3. Night Safari Taiping merupakan salah satu kenapa anda perlu bercuti bersama keluarga di Taiping. Anda dapat melihat habitat haiwan pada waktu malam. Dibuka pada jam 8.00 – 11.00 malam setiap hari. Bayaran masuk Dewasa RM 16.00 dan kanak-kanak RM 10.00.


4. Mee Udang. Homestay kami berdekatan dengan pusat mee udang, yang terkenal dan menjadi buah mulut orang ramai. Terdapat gerai dan restoran yang menyajikan mee udang segar, sumber hasil laut dari Kuala Sepetang. Sekali makan sudah tentu anda ingat lagi. Jangan lupa untuk merasakan mee udang Kuala Sepetang.